Halaman

Nuffnang Ads

Rabu, 28 Mac 2012

Ketahui Bila Anda Jadi Jutawan

formula ringkas jutaan pertama anda


Formula ringkas tertera di atas membawa abjad-abjad yang perlu ditukarkan kepada angka tertentu supaya pengguna dapat kenal pasti jawapan sebenar tempoh mereka menjadi jutawan kelak.. Terdapat 3 abjad iaitu abjad S yang membawa maksud "saving" atau simpanan,, selain itu abjad I yang membawa maksud "investing" atau pelaburan dan yang terakhir abjad T yang membawa maksud "time" atau masa dalam tahun.. Hanya abjad S dan abjad I sahaja perlu digantikan dengan angka pilihan mengikut kesesuaian dan keadaan sekeliling pengguna.. Manakala abjad T adalah jawapan untuk pencarian jangka masa untuk anda menjadi jutawan..

Saya bagi contoh di mana setiap abjad perlu diganti dengan apa.. S mewakili "saving" atau simpanan anda.. Jika anda ada simpanan sebanyak RM10,000.00 maka S anda perlu digantikan dengan angka 10,000.. Manakala untuk abjad I yang mewakili "investing" atau pelaburan anda.. Pelaburan yang paling mudah untuk saya buat sebagai contoh adalah Amanah Saham Bumiputera,, ASB di mana secara purata ASB membahagikan keuntungan tahunan mereka dengan kadar dividen sebanyak 8% setahun.. Justeru abjad I anda adalah 8.. Jika anda ada pelaburan lain selain ASB,, tukarkan sahaja abjad I tersebut dengan angka peratusan dividen pelaburan tersebut.. Abjad terakhir adalah abjad T yang mewakili "time" atau masa dalam tahun.. Abjad inilah yang kita perlu tahu kerana jawapannya terletak pada abjad tersebut..

Bagaimana caranya untuk gantikan daripada abjad kepada angka:-

seperti contoh di atas,, S=10,000 dan I=8

formula di atas adalah seperti berikut,, S[1+I/100]^T=1,000,000

gantikan sahaja abjad S dan abjad I

          S[1+I/100]^T = 1,000,000
10,000[1+8/100]^T = 1,000,000
      10,000(1.08)^T = 1,000,000
                                1.08^T = 1,000,000/10,000
          1.08^T = 100
          log 1.08^T = log 100
           T log 1.08 = log 100
                                      T = log 100/log 1.08
                 T = 60
 
Secara ringkas dengan simpanan sebanyak RM10,000 dan dividen pelaburan dengan kadar 8% tahunan anda akan bergelar jutawan setelah 60 tahun.. Justeru,, kalau mahukan tempoh masa yang lebih singkat,, anda perlu tingkatkan simpanan anda seiring dengan pelaburan.. Semakin banyak simpanan anda dan semakin tinggi peratusan dividen pelaburan anda,, semakin cepatlah anda bergelar jutawan..

Proton P3-21A aka Proton Preve


Sebelum ini ada kedengaran yang model terbaru Proton dengan kod nama Proton P3-21A bakal diberikan nama Proton Preve. Dan akhirnya hari ini laman Arena Kereta telah berjaya mengeluarkan gambar Proton Preve untuk mengesahkannya. 


 


Perbandingan Spesifikasi Proton Preve VS Toyota Vios VS Honda City


Jikalau dibuat perbandingan di antara Proton Preve dengan Toyota Vios dan juga Honda City, tampak Proton Preve berada di kelas tersendiri. Yang pastiya, harapan kami jika harga Proton Preve ini dapat dikurangkan lagi, ia merupakan bonus kepada pihak Proton juga (daripada aspek membina kepercayaan semula di kalangan pembelinya dan juga aspek pemasaran) di mana peminatnya yang meletakkan harapan yang tinggi sejak bermulanya desas-desus penghasilan Proton Preve ini.


Cuma bagaimana prestasi sebenarnya, itu kami pulangkan semula kepada anda, anda dan anda semua yang bakal memandu ujinya kelak.

Apa keistimewaan disebalik nama Proton Preve ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman Proton..

BANK RAKYAT UMUM DIVIDEN 20% UNTUK PARA PELABUR

 BANK RAKYAT UMUM DIVIDEN 20% UNTUK PARA PELABUR 

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya. Pengagihan itu melibatkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM301.9 peratus kepada RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.