Halaman

Nuffnang Ads

Selasa, 17 April 2012

Proton Preve Sapphire (SE)


Semalam bukan sahaja ditunjukkan Proton Preve buat pertama kalinya kepada umum, tetapi juga Proton Preve Sapphire yang dijadikan sebagai showcar kepada kalangan yang hadir. Jika diperhatikan sekali imbas, ada gaya mewah dan tampak sporty. Lagi beberapa koleksi gambar menarik Proton Preve Sapphire….


Jika diperhatikan lining silver lining di bahagian kat fog lamp seakan rekabentuk yang boleh didapati pada BMW 3 siri baru. Adalkah ini antara buah fikiran yang dicadangkan oleh pakara kualiti dari Jerman, Dr. Wolfgang Karl Epple yang mana sekarang ini beliau sudah pun berhenti daripada Proton? Mungkin?


Melihatkan tiger wing pada Proton Preve Sapphire ini tampak menarik apabila sudah di”bold”kan atau lebih tebal daripada wing Preve yang asal ditambah dengan lining di bahagian belakang dichromekan baru kelihatan seimbang, padat dan gagah.

  
Apa Yang Menarik Perhatian Proton Preve Sapphire Ini? 

  1. Bumper depan restyled
  2. Gun metal grey colour
  3. Bodykit
  4. Smoked front dan rear lights
  5. Blackened rooftop,
  6. Bolder chrome ‘proton wings’
  7. Two-tone leather interior
  8. LCD screen at back of front seats
  9. Silver coloured door handles
  10. Chrome horizontal bar at the back
  11. Sport rim 18 inci
 
 
Cuma rekabentuk dasboardnya maish lagi kelihatannya “kekurangannya”. Harap proton boleh memberikan perhatian aspek ini.
 
 
Tak sangka Proton Preve “make up” sampai begini hasilnya. Jikalau ia dijadikan sebagai realiti, pasti menarik!!

P/S : Persoalannya sekarang, adakah ini gambaran kepada Proton Preve Special edition (SE) yang akan datang? Apa pendapat anda dengan proton Preve SAPPHIRE ini?

Tiada ulasan: