Nama sebenar model baru Proton sudah pun diketahui. Proton Preve namanya. Ada yang mempertikaikan tindakan Proton yang lebih gemar
memilih nama-nama yang tidak melambangkan nilai-nilai Malaysia pada
model kereta ini. Kata mereka, bukanlah lebih elok meletakkan nama
seperti proton Perkasa contohnya.
Macam-macam ketidakpuashatian yang boleh
kita perhatikan. Masing-masing ada pendapat dan ulasan mereka sendiri
berdasarkan pengalaman sendiri yang kebanyakkannya melibatkan prestasi
dan kualiti yang terdapat pada setiap model baru keluaran Proton.
Walaubagaimanapun, apa yang bolah kami katakan semenjak keluaran Proton
Persona, Proton sudah nampak ada perubahannya. Tetapi masih tidak cukup lagi.
Sehinggalah mereka sedang menunggu masa dan ketika di hari pelancaran Proton Preve 2012 yang dijangka diadakan pada 16 April ini untuk membuktikan sesuatu
kepada rakyat Malaysia amnya dan kepada dunia umumnya. Proton Preve ini
pun asalnya dibangunkan dengan tujuan untuk menggantikan Proton
Persona. Itu sebablah ada cakap-cakap mengatakan Proton P3-21A (kod
nama) akan diberikan nama Proton Persona R.
Tetapi selepas Proton melihat jualan
Proton Persona masih lagi utuh dan juga masih lagi tinggi permintaannya,
jualan model Proton Persona masih lagi diteruskan seperti biasa dengan
speknya direndahkan lagi. Cuma, yang pastinya Proton Preve akan
menggantikan Proton Persona dan Proton Waja di persada global.
Nama Proton Preve 2012
- Disebabkan Proton sebelum ini mengalami masalah kepercayaan daripada pemilik Proton sebelum ini, maka Proton cuba bangkit semula dengan model global baru mereka ini, di mana nama Proton Preve 2012 pada mulanya datang daripada perkataan “Prove”
- Asalanya, sebutan nama Preve, ialah “preev”
- Tetapi Proton telah menukar bentuk sebutan “preev” kepada “prae-vae” kerana mahu menampakkan lebih komersil.
Harga Proton Preve 2012
Kalau laporan berita sebelum ini, (Proton P3-21A: Video & Pameran Proton Power of 1 di Bukit Jalil. Harga RM62K – RM75K!!),
Harga Proton Preve 2012 yang ditawarkan adalah bermula serendah
RM62,000 sehinggalah ke varian premium sekitar RM75,000. Tetapi….. harga
Proton Preve ini sebenarnya yang akan dijual kelak bermula dengan harga
serendah RM59,540.00 sehinggalah RM72,990.00
1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)
2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)
- RM 59,990.00 / Metallic (OTR)
- RM 59,540.00 / Solid (OTR)
3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)
- RM 62,990.00 / Metallic (OTR)
- RM 62,540.00 / Solid (OTR)
- RM 72,990.00 / Metallic (OTR)
- RM 72,540.00 / Solid (OTR)
Proton Preve 2012 Dapat 5 Bintang MyCAP
Spesifikasi (Spec) Proton Preve 2012
Proton Preve 2012 diletakkan dalam
segmen C untuk bersaing dengan model-model lain seperti Kia Forte, Honda
Civic, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy mahupun model popular Toyota
Vios dan Honda City.
Antaranya spesifikasi yang ditawarkan kepada bakal pemilki model baru Proton ini ialah :
- 4 beg udara
- ‘paddle shifter’
- butang penghidup enjin
- transmisi CVT
- enjin lebih berkuasa
- sistem suspensi belakang jenis multilink
- teknologi ‘ride and handling’
- Dan lain-lain lagi…



Tiada ulasan:
Catat Ulasan