Pertama sekali, terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana menganugerahkan
“emas hitam” kepada rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia cukup
beruntung & syukur dengan limpahan nikmat yang diberikanNya. Dalam
banyak-banyak negara, Malaysia yang telah dipilihNya sebagai negara yang memilki simpanan minyak yang berkualiti tinggi.
Negara lain terpaksa bertungkus-lumus untuk mencari seberapa banyak
sumber pendapatan lain bagi menampung perbelanjaan menguruskan sesebuah
negara. Malaysia?
Malaysia sekarang ini, mula sahaja mentadbir negara sudah ada berpuluh
billion dalam kantung kerajaan Malaysia setiap tahun. Itu belum disentuh
lagi kekayaan negara Malaysia daripada sumber-sumber pendapatan
terbesar negara yang lain lagi. Jadi, apabila negara yang sudah
dilimpahkan dengan sumber alam yang paling berharga di dunia iaitu
petroleum dan gas asli, adalah sangat rugi sekali jika ia tidak
diuruskan dengan baik termasuklah apabila ia membabitkan masalah pembaziran wang negara yang melampau dan korupsi yang berleluasa.
Sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia dapat merasai nikmat sebenar
menjalani kehidupan di atas negara yang yang memiliki limpahan minyak
dan gas iaitu lebih baik, berbanding negara-negara yang tidak mampunyai
hasil minyak. Sepatutnya begitu.
“kekayaan minyak sepatutnya dirasai oleh rakyat, bukan atas nama negara pengeluar minyak sahaja”
Terima kasih juga kepada Petronas bertungkus-lumus mengali hasil minyak
dan gas untuk dipulangkan hasil kekayaannya untuk diuruskan oleh
kerajaan Malaysia. Berdasarkan rekod terkini yang diperolehi, kerajaan
Malaysia sejak penubuhan Petronas, kerajaan Malaysia sudah pun berjaya
mengaut hasil kekayaan minyak sejumlah RM431,000,000,000 (RM431 bilion).
Jadi, suka kami di sini sebagai rakyat Malaysia, ingin mengetahui
bagaimana jumlah sebesar duit negara ini diagihkan selama ini? Mengapa
tidak bukan untuk rakyat Malaysia mengetahuinya? Bentangkan akaun
Petronas di Parlimen.
Mengapa perlu disembunyikan daripada tatapan rakyat Malaysia?
Angka di atas dan di bawah ini nanti adalah 100% pendapatan yang
diperolehi kerajaan Malaysia yang telah dipulangkan semula oleh Petronas
dan Petronas hanya menyimpan sedikit daripada kekayaan minyak dan
negara untuk kelangsungan aktiviti dan oprasi carigali mereka di
masa-masa akan datang. Jumlah pendapatan ini tiada kena mengena &
tidak disentuh sedikitpun duit Petronas.
Pendapatan kerajaan Malaysia di atas limpahan kekayaan petroleum dan gas
telah mendatang pulangan terbahagi kepada 5 pecahannya. Antaranya ialah
:
- Cukai Petroleum
- Cukai Pendapatan
- Dividen Petronas
- Duti Eksport Petroleum
- Royalti Petroleum & Gas
Di bawah ini kami sertakan pendapatan kerajaan Malaysia yang diperolehi
daripada hasil minyak dan gas daripada tahun 2005 sehinggalah tahun
2010. Semuanya ini adalah berdasarkan sumber yang disemak melalui
Perbendaharaan Negara. Kami hanya menyertakan beberapa paparan untuk
dijadikan rujukan dan semakan. Walaubagaimanapun, data bagi angka
keseluruhan daripada tahun 2005 sehinggalah 2010 ada kami sertakan dalam
bentuk jadual di bawahnya.
Cukai Pendapatan Petroleum & Duit Eksport Petroleum 2005
Dividen Petronas & Royalti Petroleum 2005
Cukai Pendapatan Petroleum & Duit Eksport Petroleum 2010
Dividen Petronas & Royalti Petroleum 2010
Sumber : Perbendaharaan Negara
Jumlah Pendapatan Kerajaan Malaysia (Hasil Petroleum & Gas)
Di bawah ini pula jadual penerima pendapatan daripada hasil petroleum
& gas daripada tahun 2005 sehinggalah 2010. Semua angka dalam
sebutan juta.
Sumber : Perbendaharaan Negara
Sumber : Perbendaharaan Negara
Jadi, adalah sukar untuk diterima dek akal jika kita sebagai rakyat
Malaysia berasa risau jika berlaku kenaikan harga minyak dunia
sekalipun. Sebab? Sebab…kita pengeluar minyak. Kita
eksport minyak ke negara-negara luar. Jikalau risau juga, ada sesuatu
yang tidak kena di situ. Sekadar pandangan & pemerhatian daripada
kami.
Jikalau anda perhatikan gambarajah yang kami sertakan di atas, anda
semak semula agihan pendapatan bagi hasil petroleum & gas kepada
kerajaan Malaysia pada tahun 2005. Pada ketika itu, harga minyak dunia
adalah berada pada paras US$57.20 setong selepas berlaku kenaikan harga
minyak dunia daripada hanya US$41.50 setong pada tahun 2004. Itu
dahulu….Sekarang harga minyak dunia?
“Harga minyak dunia meningkat, pendapatan negara mesti meningkat”
Negara mana yang pendapatan mereka akan memberikan impak jika harga
minyak dunia naik? Semestinya, negara Singapura, Thailand, Filipina,
Vietnam, Myanmar, sebab mereka tiada minyak. Malaysia? Kalau minyak naik
sepatutnya menguntungkan Petronas amnya dan Kerajaan Malaysia umumnya
kerana kita negara pengeluar yang menjual minyak mentah ke pasaran
dunia.
Tahun ini kerajaan Malaysia juga mengganggarkan pendapatan negara akan terus meningkat
termasuklah menerusi perolehan daripada hasil petroleum & gas yang
mana dijangkakan purata harga minyak mentah (tapis) adalah sekitar
USS110 setong iaitu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya (tahun
2011) yang berada pada paras hanya US$108 setong.
Malam tadi, Perdana Menteri telah berjanji tidak akan menaikkan harga
minyak RON95 walaupun subsidi petrol telah dinaikkan sebanyak 10% dek
kerana kenaikan harga minyak dunia melalui tulisan diblognya yang telah
dilaporkan oleh Buletin Utama. Persoalannya sampai bila, tidak
diketahui.









Tiada ulasan:
Catat Ulasan