Semestinya satu berita gembira apabila KWSP mahukan caruman KWSP majikan untuk
pekerja ditingkatkan menjadi 20%. Kepada golongan pekerja ini adalah
satu berita gembira untuk anda. Bagaimana pula dengan pihak majikan, dan
apa kesannya apabila kita melihat cadangan dan dasar ini secara
keseluruhannya?
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa mengenakan
syarat kepada majikan untuk meningkatkan jumlah caruman bulanan untuk
pekerja kepada 20 peratus jika mahu membantu kebanyakan rakyat di negara
ini menempuh kehidupan bersara dengan lebih baik. Presiden Kongres
Kesatuan-Kesatuan Sekerja dalam Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan
Penswastaan, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, majikan pastinya tidak
mempunyai masalah untuk menambah jumlah caruman menjadi 20 peratus
kerana kebanyakan pekerja di negara ini masih bergaji rendah.
Ramai rupanya yang masih berpendapatan rendah? Adakah dengan meningkat
caruman KWSP majikan ke atas pekerja merupakan langkah yang terbaik
dan dirasakan cukup berkesan?
Bagaimanapun katanya, sekiranya KWSP mahu menaikkan jumlah caruman dikenakan kepada pekerja khususnya yang berpendapatan rendah, langkah itu hanya akan menyusahkan mereka.
“Kos sara hidup yang semakin meningkat serta pelbagai hutang jangka masa panjang seperti pinjaman kenderaan dan perumahan telah menyebabkan jumlah simpanan pencarum KWSP tidak banyak membantu selepas bersara.
“Sekiranya majikan boleh menambah jumlah caruman pekerja tanpa melibatkan menaikkan caruman pekerja, itu yang terbaik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, baru-baru ini mengenai langkah KWSP yang akan mengkaji semula jumlah caruman bulanan pekerja dan majikan bagi mengatasi isu selepas bersara. (Sumber : Utusan Malaysia)
Sekali imbas memang nampak menarik. Tapi adakah ini benar-benar akan
membantu? Adakah sudah dibuat perkiraan jangka panjang? Ini akan
membuatkan para majikan “tidak senang duduk”. Dalam pada masa yang sama,
besar kemungkinan kita bakal melihat duit KWSP ini sempat digunakan “pihak-pihak tertentu” sebelum tibanya masa pencen,
apatah lagi 20% bagi kami terlalu banyak. Dan tidak menolak kemungkinan
tempoh pencen akan terus dilanjutkan lagi sehingga 70 tahun. Tidak
mustahil sama sekali.
Ya…memang benar, cadangan meningkatan caruman KWSP majikan
pekerja memang baik kepada pekerja tetapi bagaimana pula kepada
golongan majikan? Jikalau syarikat yang benar-benar kukuh mungkin tiada
masalah. Tetapi bagaimana pula, dengan syarikat yang hanya “cukup-cukup
makan sahaja”? Sekarang ini kalangan majikan perlu menguruskan isu gaji
minima, struktur semula gaji pekerja dan sekarang ini mahu ditambah
lagi caruman KWSP majikan untuk pekerja menjadi 20% :
Jadi, kita tidak boleh menolak kemungkinan kesan daripada dasar dan cadangan seperti ini :
Kami lebih melihat dengan pelaksanaan meningkatkan caruman majikan ke atas pakerja memberikan kesan yang berbeza-beza. Antara lainnya adalah :
- Majikan akan mengurangkan kos pentadbiran
- Mula membuang pekerja-pekerja tempatan sebaliknya lebih gemar mengambil warga asing
- pekerja semestinya akan untung
- majikan akan tertekan dengan peningkatan jumlah caruman
- kantung KWSP akan bertambah “gemuk”
- KWSP akan mempunyai lebihan dana untuk diagihkan kepada “golongan yang berkepentingan” samada secara pinjaman mudah atau bailout
Terus-terang kami katakan ia satu
pendekatan yang menjengkelkan dalam keadaan ekonomi pencarum menempuh
inflasi dan defisit yang tinggi di Malaysia dalam keadaan barangan tidak
terkawal. Langkah sebetulnya ialah mengawal bebanan KWSP keatas hutang hutang NPL kepada GLC dan “Syarikat-syarikat yang kepentingan dan berpengaruh” dimana keupayaan pembayaran dividen kepada pencarum amatlah sedikit.
KWSP sepatutnya mencari jalan untuk
memaksimakan keuntungan dengan pelaburannya bukannya membela syarikat
syarikat tenat dengan kadar keuntungan yang tidak munasabah. KWSP
sepatutnya badan yang amat bebas dalam membuat keputusan memberi
pinjaman. Tidak boleh sesuka hati menggunakan dana tersebut untuk
kelompok yang berkepentingan.
Jikalau benar-benar risau mengenai kos
sara hidup rakyat, minta majikan carum sehingga 20% dan dalam pulangan
dividen turut sama dipertingkatkan. Apa pandangan anda pula?



Tiada ulasan:
Catat Ulasan