Pada 23 Mac 2012 telah berlangsung program Internet, Wang & Anda bersama Irfan Khairi di Crown Garden Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Program ringkas tapi padat tersebut merupakan satu platform di mana untuk mendidik warga belia khusunya dan warga Malaysia amnya akan kaedah memperluas lagi ilmu pengetahuan dalam bidang internet dan mengaplikasikannya secara meluas.
Antara perkara yang IK tekankan adalah seperti:
- cara menambah nilai kerjaya dengan internet
- perniagaan internet sebagai perniagaan sambilan
- bagaimana laman sosial dapat menggandakan pendapatan
tahukah anda...???Stadium Bukit JaliL Kuala Lumpur merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dengan berkapasiti sehingga 100,000 orang dalam satu masa dan kebiasaannya 80%-90% daripada jumlah tersebut merupakan graduan-graduan negara yang masih menganggur..!! Hal ini demikian kerana teori yang mereka ada tidak dapat diterima oleh peluang-peluang semasa.. -IK-
Pasti ramai di luar sana inginkan perniagaan sendiri tetapi bagaimana
ingin mulakannya? Di sini IK ada senaraikan 5Qs di mana untuk kita
tanya pada diri sendiri tatkala memulakan sesuatu perkara yang baharu.
- apakah kekuatan anda?
- apakah ilmu yang anda miliki?
- apakah kerja anda kini atau sebelum ini?
- apakah latar belakang pendidikan anda?
- apakah perniagaan yang anda minat untuk mencuba?
tahukah anda...???
Setiap keuntungan berganda tidak semestinya memerlukan kuasa tindakan berganda.. Seperti Formula 1, juara memperoleh keuntungan 2 kali ganda dari tempat kedua. Bagaimanapun kelajuan antara dua pelumba bukan dua kali ganda. Kadang2 jarak mereka hanya 0.1 saat sahaja.
"..in fact setiap hari kita generate 2 or 3 ideas tapi kita sering abaikan.." - IK
Transformasikan ilmu anda seperti:
Jika anda memiliki kepakaran dalam bidang repairing handphone, rakam cara-cara repair handphone tersebut dalam bentuk video dan convert ia dalam compact disc, CD seterusnya jual.
Jika anda memiliki kepakaran dalam bidang penulisan, tulisan anda tersebut convert dalam ebook dan jualkannya kerana perbezaan penjualan buku berbanding dengan penjualan ebook adalah sehingga 93%.
Jika anda jual barangan melalui internet, stok jualan anda akan terpapar dengan jelas. Bagaimanapun kuantiti stok jualan pembeli tidak akan pernah tahu tidak sama seperti di premis sekarang, di mana kuantiti stok jualan memberi impak kepada kuasa membeli pengguna. Seperti contoh stok jualan tinggal satu sahaja di premis tersebut, pelanggan tidak confident ingin membeli ia kerana ragu akan kualiti stok jualan tersebut. Tetapi jika di internet, stok jualan tersebut akan terpapar dengan baik tidak melibatkan kuantiti stok jualan tersebut. Pelanggan akan memilih berdasarkan paparan sahaja.
Terdapat dua(2) kaedah mewujudkan perniagaan:
Pemborong ( memerlukan modal )
- beli secara borong daripada pemborong, pengeluar atau pengedar pada harga diskaun dan jual semula di internet.
Program Affiliate ( tidak memerlukan modal )
- menjual produk atau perkhidmatan perniagaan internet sedia ada dan anda menerima komisen.
- contoh : amazon.com & toysrus.com
Media sosial menggandakan keuntungan perniagaan:
Nowadays kita berada di zaman komunikasi. Iklan-iklan di kaca tv tidak relevan pada masa kini. Justeru, seharusnya kita banyakkan platform di internet.....bukan sekadar facebook sahaja.
- RSS
- youtube
- wordpress
- blogger
- pay-per-click ( nuffnang )
"..lagi lama engagement kita dengan customer,, lebih cenderung bagi mereka untuk membeli.." - IK






Tiada ulasan:
Catat Ulasan