Halaman

Nuffnang Ads

Khamis, 26 April 2012

Internet, Wang & Anda bersama Irfan Khairi

Pada 23 Mac 2012 telah berlangsung program Internet, Wang & Anda bersama Irfan Khairi di Crown Garden Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Program ringkas tapi padat tersebut merupakan satu platform di mana untuk mendidik warga belia khusunya dan warga Malaysia amnya akan kaedah memperluas lagi ilmu pengetahuan dalam bidang internet dan mengaplikasikannya secara meluas.

Antara perkara yang IK tekankan adalah seperti:
  • cara menambah nilai kerjaya dengan internet
  • perniagaan internet sebagai perniagaan sambilan
  • bagaimana laman sosial dapat menggandakan pendapatan
 
tahukah anda...???
Stadium Bukit JaliL Kuala Lumpur merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dengan berkapasiti sehingga 100,000 orang dalam satu masa dan kebiasaannya 80%-90% daripada jumlah tersebut merupakan graduan-graduan negara yang masih menganggur..!! Hal ini demikian kerana teori yang mereka ada tidak dapat diterima oleh peluang-peluang semasa.. -IK-


Pasti ramai di luar sana inginkan perniagaan sendiri tetapi bagaimana ingin mulakannya? Di sini IK ada senaraikan 5Qs di mana untuk kita tanya pada diri sendiri tatkala memulakan sesuatu perkara yang baharu.
  • apakah kekuatan anda?
  • apakah ilmu yang anda miliki?
  • apakah kerja anda kini atau sebelum ini?
  • apakah latar belakang pendidikan anda?
  • apakah perniagaan yang anda minat untuk mencuba?
 

tahukah anda...???
Setiap keuntungan berganda tidak semestinya memerlukan kuasa tindakan berganda.. Seperti Formula 1, juara memperoleh keuntungan 2 kali ganda dari tempat kedua. Bagaimanapun kelajuan antara dua pelumba bukan dua kali ganda. Kadang2 jarak mereka hanya 0.1 saat sahaja.



"..in fact setiap hari kita generate 2 or 3 ideas tapi kita sering abaikan.." - IK

Transformasikan ilmu anda seperti:
Jika anda memiliki kepakaran dalam bidang repairing handphone, rakam cara-cara repair handphone tersebut dalam bentuk video dan convert ia dalam compact disc, CD seterusnya jual.

Jika anda memiliki kepakaran dalam bidang penulisan, tulisan anda tersebut convert dalam ebook dan jualkannya kerana perbezaan penjualan buku berbanding dengan penjualan ebook adalah sehingga 93%.

Jika anda jual barangan melalui internet, stok jualan anda akan terpapar dengan jelas. Bagaimanapun kuantiti stok jualan pembeli tidak akan pernah tahu tidak sama seperti di premis sekarang, di mana kuantiti stok jualan memberi impak kepada kuasa membeli pengguna. Seperti contoh stok jualan tinggal satu sahaja di premis tersebut, pelanggan tidak confident ingin membeli ia kerana ragu akan kualiti stok jualan tersebut. Tetapi jika di internet, stok jualan tersebut akan terpapar dengan baik tidak melibatkan kuantiti stok jualan tersebut. Pelanggan akan memilih berdasarkan paparan sahaja.

Terdapat dua(2) kaedah mewujudkan perniagaan:

Pemborong ( memerlukan modal )
- beli secara borong daripada pemborong, pengeluar atau pengedar pada harga diskaun dan jual semula di internet.


Program Affiliate ( tidak memerlukan modal )
- menjual produk atau perkhidmatan perniagaan internet sedia ada dan anda menerima komisen.

- contoh : amazon.com & toysrus.com

Media sosial menggandakan keuntungan perniagaan:

Nowadays kita berada di zaman komunikasi. Iklan-iklan di kaca tv tidak relevan pada masa kini. Justeru, seharusnya kita banyakkan platform di internet.....bukan sekadar facebook sahaja.

  • facebook
  • RSS
  • youtube
  • google
  • wordpress
  • blogger
  • twitter
  • email
  • pay-per-click ( nuffnang )
 

"..lagi lama engagement kita dengan customer,, lebih cenderung bagi mereka untuk membeli.." - IK

Khamis, 19 April 2012

Kerajaan Peroleh RM431,000,000,000


Pertama sekali, terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana menganugerahkan “emas hitam” kepada rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia cukup beruntung & syukur dengan limpahan nikmat yang diberikanNya. Dalam banyak-banyak negara, Malaysia yang telah dipilihNya sebagai negara yang memilki simpanan minyak yang berkualiti tinggi. Negara lain terpaksa bertungkus-lumus untuk mencari seberapa banyak sumber pendapatan lain bagi menampung perbelanjaan menguruskan sesebuah negara. Malaysia?

Malaysia sekarang ini, mula sahaja mentadbir negara sudah ada berpuluh billion dalam kantung kerajaan Malaysia setiap tahun. Itu belum disentuh lagi kekayaan negara Malaysia daripada sumber-sumber pendapatan terbesar negara yang lain lagi. Jadi, apabila negara yang sudah dilimpahkan dengan sumber alam yang paling berharga di dunia iaitu petroleum dan gas asli, adalah sangat rugi sekali jika ia tidak diuruskan dengan baik termasuklah apabila ia membabitkan masalah pembaziran wang negara yang melampau dan korupsi yang berleluasa.

Sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia dapat merasai nikmat sebenar menjalani kehidupan di atas negara yang yang memiliki limpahan minyak dan gas iaitu lebih baik, berbanding negara-negara yang tidak mampunyai hasil minyak. Sepatutnya begitu.

“kekayaan minyak sepatutnya dirasai oleh rakyat, bukan atas nama negara pengeluar minyak sahaja”

Terima kasih juga kepada Petronas bertungkus-lumus mengali hasil minyak dan gas untuk dipulangkan hasil kekayaannya untuk diuruskan oleh kerajaan Malaysia. Berdasarkan rekod terkini yang diperolehi, kerajaan Malaysia sejak penubuhan Petronas, kerajaan Malaysia sudah pun berjaya mengaut hasil kekayaan minyak sejumlah RM431,000,000,000 (RM431 bilion).

Jadi, suka kami di sini sebagai rakyat Malaysia, ingin mengetahui bagaimana jumlah sebesar duit negara ini diagihkan selama ini? Mengapa tidak bukan untuk rakyat Malaysia mengetahuinya? Bentangkan akaun Petronas di Parlimen.

Mengapa perlu disembunyikan daripada tatapan rakyat Malaysia?

Angka di atas dan di bawah ini nanti adalah 100% pendapatan yang diperolehi kerajaan Malaysia yang telah dipulangkan semula oleh Petronas dan Petronas hanya menyimpan sedikit daripada kekayaan minyak dan negara untuk kelangsungan aktiviti dan oprasi carigali mereka di masa-masa akan datang. Jumlah pendapatan ini tiada kena mengena & tidak disentuh sedikitpun duit Petronas.

Pendapatan kerajaan Malaysia di atas limpahan kekayaan petroleum dan gas telah mendatang pulangan terbahagi kepada 5 pecahannya. Antaranya ialah :

  1. Cukai Petroleum
  2. Cukai Pendapatan
  3. Dividen Petronas
  4. Duti Eksport Petroleum
  5. Royalti Petroleum & Gas
Di bawah ini kami sertakan pendapatan kerajaan Malaysia yang diperolehi daripada hasil minyak dan gas daripada tahun 2005 sehinggalah tahun 2010. Semuanya ini adalah berdasarkan sumber yang disemak melalui Perbendaharaan Negara. Kami hanya menyertakan beberapa paparan untuk dijadikan rujukan dan semakan. Walaubagaimanapun, data bagi angka keseluruhan daripada tahun 2005 sehinggalah 2010 ada kami sertakan dalam bentuk jadual di bawahnya.

Cukai Pendapatan Petroleum & Duit Eksport Petroleum 2005


Dividen Petronas & Royalti Petroleum 2005


Cukai Pendapatan Petroleum & Duit Eksport Petroleum 2010


Dividen Petronas & Royalti Petroleum 2010


Sumber : Perbendaharaan Negara
 

Jumlah Pendapatan Kerajaan Malaysia (Hasil Petroleum & Gas)

Di bawah ini pula jadual penerima pendapatan daripada hasil petroleum & gas daripada tahun 2005 sehinggalah 2010. Semua angka dalam sebutan juta.

Sumber : Perbendaharaan Negara

Sumber : Perbendaharaan Negara
 
Jadi, adalah sukar untuk diterima dek akal jika kita sebagai rakyat Malaysia berasa risau jika berlaku kenaikan harga minyak dunia sekalipun. Sebab? Sebab…kita pengeluar minyak. Kita eksport minyak ke negara-negara luar. Jikalau risau juga, ada sesuatu yang tidak kena di situ. Sekadar pandangan & pemerhatian daripada kami.

Jikalau anda perhatikan gambarajah yang kami sertakan di atas, anda semak semula agihan pendapatan bagi hasil petroleum & gas kepada kerajaan Malaysia pada tahun 2005. Pada ketika itu, harga minyak dunia adalah berada pada paras US$57.20 setong selepas berlaku kenaikan harga minyak dunia daripada hanya US$41.50 setong pada tahun 2004. Itu dahulu….Sekarang harga minyak dunia?

 “Harga minyak dunia meningkat, pendapatan negara mesti meningkat”

Negara mana yang pendapatan mereka akan memberikan impak jika harga minyak dunia naik? Semestinya, negara Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, sebab mereka tiada minyak. Malaysia? Kalau minyak naik sepatutnya menguntungkan Petronas amnya dan Kerajaan Malaysia umumnya kerana kita negara pengeluar yang menjual minyak mentah ke pasaran dunia.

Tahun ini kerajaan Malaysia juga mengganggarkan pendapatan negara akan terus meningkat termasuklah menerusi perolehan daripada hasil petroleum & gas  yang mana dijangkakan purata harga minyak mentah (tapis) adalah sekitar USS110 setong iaitu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya (tahun 2011) yang berada pada paras hanya US$108 setong.


Malam tadi, Perdana Menteri telah berjanji tidak akan menaikkan harga minyak RON95 walaupun subsidi petrol telah dinaikkan sebanyak 10% dek kerana kenaikan harga minyak dunia melalui tulisan diblognya yang telah dilaporkan oleh Buletin Utama. Persoalannya sampai bila, tidak diketahui.

Selasa, 17 April 2012

Proton Preve Sapphire (SE)


Semalam bukan sahaja ditunjukkan Proton Preve buat pertama kalinya kepada umum, tetapi juga Proton Preve Sapphire yang dijadikan sebagai showcar kepada kalangan yang hadir. Jika diperhatikan sekali imbas, ada gaya mewah dan tampak sporty. Lagi beberapa koleksi gambar menarik Proton Preve Sapphire….


Jika diperhatikan lining silver lining di bahagian kat fog lamp seakan rekabentuk yang boleh didapati pada BMW 3 siri baru. Adalkah ini antara buah fikiran yang dicadangkan oleh pakara kualiti dari Jerman, Dr. Wolfgang Karl Epple yang mana sekarang ini beliau sudah pun berhenti daripada Proton? Mungkin?


Melihatkan tiger wing pada Proton Preve Sapphire ini tampak menarik apabila sudah di”bold”kan atau lebih tebal daripada wing Preve yang asal ditambah dengan lining di bahagian belakang dichromekan baru kelihatan seimbang, padat dan gagah.

  
Apa Yang Menarik Perhatian Proton Preve Sapphire Ini? 

  1. Bumper depan restyled
  2. Gun metal grey colour
  3. Bodykit
  4. Smoked front dan rear lights
  5. Blackened rooftop,
  6. Bolder chrome ‘proton wings’
  7. Two-tone leather interior
  8. LCD screen at back of front seats
  9. Silver coloured door handles
  10. Chrome horizontal bar at the back
  11. Sport rim 18 inci
 
 
Cuma rekabentuk dasboardnya maish lagi kelihatannya “kekurangannya”. Harap proton boleh memberikan perhatian aspek ini.
 
 
Tak sangka Proton Preve “make up” sampai begini hasilnya. Jikalau ia dijadikan sebagai realiti, pasti menarik!!

P/S : Persoalannya sekarang, adakah ini gambaran kepada Proton Preve Special edition (SE) yang akan datang? Apa pendapat anda dengan proton Preve SAPPHIRE ini?

Jumaat, 13 April 2012

Hutang Perlu Dibayar Segera

ORANG zaman sekarang ramai yang berhutang ‘keliling pinggang’ kerana perlu membayar ansuran kereta, pinjaman pendidikan, kad kredit malah ada yang berhutang untuk melangsungkan perkahwinan.

Bukan saja golongan yang sudah lama bekerja, dilema berhutang juga melanda golongan pelajar yang baru mula bekerja.

Ada yang diisytiharkan muflis gara-gara tidak mampu membayar hutang selepas menggunakan kad kredit.

Ada yang membuat pinjaman peribadi daripada institusi kewangan atau koperasi untuk belanja perkara yang tiada keperluan. Akhirnya setiap bulan terpaksa membayar ansuran bulanan yang tinggi.



BUDAYA MENABUNG...
hutang wajib dilunaskan dan perlu melatih diri serta keluarga untuk menabung sebagai simpanan masa depan.

Bagi mereka yang ‘sesak’ dihimpit bebanan kewangan, tawaran membuat pinjaman peribadi itu dianggap penyelamat.

Hakikatnya, kemudahan kewangan yang diperoleh itu makin menambah beban dan serabut dalam kehidupan mereka.

Bagaimanapun, jika kewangan diurus dengan bijak, tidak timbul juga perkara sedemikian. Cuma, dalam masyarakat kita, ramai berbelanja melebihi kemampuan selain berbelanja ikut nafsu.

Bayangkan untuk bersaing dengan kawan-kawan, ada membuat pinjaman setiap tahun untuk bercuti, menukar set televisyen daripada 32 inci kepada 42 inci, sofa baru dan kereta baru.

BELI KERETA...
skim tawaran pembelian kereta tanpa deposit menyebabkan ada individu diisytihar muflis oleh bank kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan yang tinggi.

Jauh sekali untuk memupuk amalan menabung dalam kehidupan. Duit gaji diterima setiap bulan banyak disalurkan untuk membayar semua hutang itu.

Barangkali ada yang membuat pinjaman peribadi hanya melihat kemampuan mereka membuat bayaran ansuran bulanan. Pada mata kasar sememangnya tidak memberi kesan.

Namun, kira kembali kadar faedah yang dikenakan, peminjam sebenarnya terpaksa membuat bayaran berlipat kali ganda. Tidak cukup meminjam daripada institusi kewangan, ada yang ‘menempah maut’ meminjam daripada along.

Islam jelas menyatakan kesan berhutang meninggalkan kesan negatif kepada manusia kerana hidup tidak tenteram apatah lagi beban hutang akan dibawa hingga ke liang kubur jika tidak melunaskan perkara itu.

Malah, sifat orang berhutang juga cenderung untuk melakukan pembohongan apabila diminta untuk menjelaskan hutang mereka.

Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), berkata Islam mengharuskan umatnya berhutang, tetapi setiap hutang perlu dibayar semula.

“Dikhuatiri perkara ini akan menjadi budaya tidak sihat di kalangan umat Islam. Meskipun pada asalnya hukum berhutang itu harus, ia boleh bertukar wajib sekiranya seseorang itu perlu berhutang bagi memenuhi tuntutan agama seperti memiliki pakaian untuk menutup aurat.

“Berhutang boleh jadi haram sekiranya dilakukan untuk tujuan maksiat seperti berjudi, membeli dadah serta bermegah-megah dengan perkara tidak berfaedah,” katanya.

Beliau berkata, konsep hutang yang diharuskan Islam itu membuktikan betapa akrabnya hubungan persaudaraan antara umat Islam.

“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak boleh menganiaya atau membiarkan (Muslim itu) dianiaya. Dan sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan memenuhi hajatnya. Dan sesiapa yang membebaskan kesusahan seorang Muslim, maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Bagi mereka yang terpaksa berhutang atas sebab yang dibenarkan syarak, mereka akan menanggung amanah untuk melunaskan hutang berkenaan.

“Hutang itu perlu segera dijelaskan selain memanfaatkan wang itu untuk perkara yang menjadi keutamaan buat mereka,” katanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Jika yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 283).

Menurutnya, Islam amat prihatin terhadap rezeki dan kemampuan umatnya malah Allah sentiasa memberi bantuan kepada hamba yang mengingati-Nya ketika susah dan senang.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu. Namun barang siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

“Ramai di kalangan kita yang membuat pinjaman peribadi untuk mendirikan rumah tangga. Dalam hal ini, mereka perlu faham tujuan perkahwinan adalah untuk memenuhi tuntutan agama.

“Tiada masalah sekiranya terpaksa membuat pinjaman bagi tujuan demikian. Cuma, majlis mesti diadakan secara sederhana dan bukan besar-besaran atau untuk menunjuk-nunjuk.

“Hutang perlu dibuat mengikut kemampuan diri dan dilunaskan mengikut perjanjian dimeterai. Jika tidak ia akan menjejaskan keberkatan ibadah perkahwinan,” katanya.

Mohd Shahrizal berkata, isu pinjaman tabung pendidikan daripada PTPTN, Mara, JPA atau yayasan negeri pinjaman itu diharuskan Islam kerana membabitkan perkara baik.

“Namun, ia perlulah dibuat mengikut tatacara yang dipersetujui kedua-dua pihak. Selepas pinjaman dibuat, setiap individu bertanggungjawab menjelaskan kembali pinjaman hutang mereka. 

KAD KREDIT...
penggunaan kad kredit untuk membeli keperluan tidak penting perlu dielakkan.

“Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian (yang dipersetujui).” (Surah al-Ma’idah, ayat 1).

“Sebagai peminjam, mereka perlu berfikir dan meneliti terma dan syarat yang dikenakan pihak pemberi pinjaman. Jika tidak bersetuju maka dari awal lagi mereka perlu mengelak daripada membuat pinjaman itu.

“Jika persetujuan dicapai, tiada alasan bagi mereka untuk berdolak-dalih untuk melunaskan hutang kerana dosa berhutang amat besar,” katanya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Hadis riwayat Muslim).

Beliau berkata, budaya membuat pinjaman daripada pihak yang mendatangkan bahaya seperti along dinasihatkan supaya mereka banyakkan bersabar dan sentiasa berfikiran waras.

“Sekiranya mereka berikhtiar dan bergantung harap kepada Allah pasti akan ada jalan keluar terbaik daripada masalah kewangan.

“Budaya meminjam daripada along perlu dihindari kerana mereka berdepan bahaya jika gagal melunaskan hutang mereka. Islam tidak membenarkan umatnya terjebak dalam gejala yang membinasakan,” katanya.

Firman Allah di dalam al-Quran: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Katanya banyak masalah timbul daripada amalan berhutang berpunca daripada sikap individu yang gagal memanfaatkan hal itu dengan baik.


“Justeru, jika perlu berhutang dan yakin dapat mengurusnya dengan baik, ia tidak menjadi halangan.

“Berhutang boleh menjerumuskan seseorang itu kepada nifak (menjadi golongan munafik) kerana sifat seperti dusta dan mungkir janji,” katanya.

Rasulullah pernah ditanya sahabat tatkala Baginda berdoa supaya diselamatkan daripada bahaya hutang. Rasulullah berdoa yang maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu Baginda ditanya sahabat: “Mengapa kamu sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, maka apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Rabu, 11 April 2012

KWSP 20%..!!

Semestinya satu berita gembira apabila KWSP mahukan caruman KWSP majikan untuk pekerja ditingkatkan menjadi 20%. Kepada golongan pekerja ini adalah satu berita gembira untuk anda. Bagaimana pula dengan pihak majikan, dan apa kesannya apabila kita melihat cadangan dan dasar ini secara keseluruhannya?

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa mengenakan syarat kepada majikan untuk meningkatkan jumlah caruman bulanan untuk pekerja kepada 20 peratus jika mahu membantu kebanyakan rakyat di negara ini menempuh kehidupan bersara dengan lebih baik. Presiden Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja dalam Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Penswastaan, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, majikan pastinya tidak mempunyai masalah untuk menambah jumlah caruman menjadi 20 peratus kerana kebanyakan pekerja di negara ini masih bergaji rendah.

Ramai rupanya yang masih berpendapatan rendah? Adakah dengan meningkat caruman KWSP majikan ke atas pekerja merupakan langkah yang terbaik dan dirasakan cukup berkesan?


Bagaimanapun katanya, sekiranya KWSP mahu menaikkan jumlah caruman dikenakan kepada pekerja khususnya yang berpendapatan rendah, langkah itu hanya akan menyusahkan mereka.

“Kos sara hidup yang semakin meningkat serta pelbagai hutang jangka masa panjang seperti pinjaman kenderaan dan perumahan telah menyebabkan jumlah simpanan pencarum KWSP tidak banyak membantu selepas bersara.

“Sekiranya majikan boleh menambah jumlah caruman pekerja tanpa melibatkan menaikkan caruman pekerja, itu yang terbaik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, baru-baru ini mengenai langkah KWSP yang akan mengkaji semula jumlah caruman bulanan pekerja dan majikan bagi mengatasi isu selepas bersara. (Sumber : Utusan Malaysia)

Sekali imbas memang nampak menarik. Tapi adakah ini benar-benar akan membantu? Adakah sudah dibuat perkiraan jangka panjang? Ini akan membuatkan para majikan “tidak senang duduk”. Dalam pada masa yang sama, besar kemungkinan kita bakal melihat duit KWSP ini sempat digunakan “pihak-pihak tertentu” sebelum tibanya masa pencen, apatah lagi 20% bagi kami terlalu banyak. Dan tidak menolak kemungkinan tempoh pencen akan terus dilanjutkan lagi sehingga 70 tahun. Tidak mustahil sama sekali.


Ya…memang benar, cadangan meningkatan caruman KWSP majikan pekerja memang baik kepada pekerja tetapi bagaimana pula kepada golongan majikan?  Jikalau syarikat yang benar-benar kukuh mungkin tiada masalah. Tetapi bagaimana pula, dengan syarikat yang hanya “cukup-cukup makan sahaja”? Sekarang ini kalangan majikan perlu menguruskan isu gaji minima, struktur semula gaji pekerja dan sekarang ini mahu ditambah lagi caruman KWSP majikan untuk pekerja menjadi 20% :

Jadi, kita tidak boleh menolak kemungkinan kesan daripada dasar dan cadangan seperti ini :

  • Majikan akan mengurangkan kos pentadbiran
  • Mula membuang pekerja-pekerja tempatan sebaliknya lebih gemar mengambil warga asing
Kami lebih melihat dengan pelaksanaan meningkatkan caruman majikan ke atas pakerja memberikan kesan yang berbeza-beza. Antara lainnya adalah :

  • pekerja semestinya akan untung
  • majikan akan tertekan dengan peningkatan jumlah caruman
  • kantung KWSP akan bertambah “gemuk”
  • KWSP akan mempunyai lebihan dana untuk diagihkan kepada “golongan yang berkepentingan” samada secara pinjaman mudah atau bailout

Terus-terang kami katakan ia satu pendekatan yang menjengkelkan dalam keadaan ekonomi pencarum menempuh inflasi dan defisit yang tinggi di Malaysia dalam keadaan barangan tidak terkawal. Langkah sebetulnya ialah mengawal bebanan KWSP keatas hutang hutang NPL kepada GLC dan “Syarikat-syarikat yang kepentingan dan berpengaruh” dimana keupayaan pembayaran dividen kepada pencarum amatlah sedikit.

KWSP sepatutnya mencari jalan untuk memaksimakan keuntungan dengan pelaburannya bukannya membela syarikat syarikat tenat dengan kadar keuntungan yang tidak munasabah. KWSP sepatutnya badan yang amat bebas dalam membuat keputusan memberi pinjaman. Tidak boleh sesuka hati menggunakan dana tersebut untuk kelompok yang berkepentingan.

Jikalau benar-benar risau mengenai kos sara hidup rakyat, minta majikan carum sehingga 20% dan dalam pulangan dividen turut sama dipertingkatkan. Apa pandangan anda pula?

Proton Preve dari RM59,540 - RM72,990

Nama sebenar model baru Proton sudah pun diketahui. Proton Preve namanya. Ada yang mempertikaikan tindakan Proton yang lebih gemar memilih nama-nama yang tidak melambangkan nilai-nilai Malaysia pada model kereta ini. Kata mereka, bukanlah lebih elok meletakkan nama seperti proton Perkasa contohnya.

Macam-macam ketidakpuashatian yang boleh kita perhatikan. Masing-masing ada pendapat dan ulasan mereka sendiri berdasarkan pengalaman sendiri yang kebanyakkannya melibatkan prestasi dan kualiti yang terdapat pada setiap model baru keluaran Proton. Walaubagaimanapun, apa yang bolah kami katakan semenjak keluaran Proton Persona, Proton sudah nampak ada perubahannya. Tetapi masih tidak cukup lagi.

Sehinggalah mereka sedang menunggu masa dan ketika di hari pelancaran Proton Preve 2012 yang dijangka diadakan pada 16 April ini untuk membuktikan sesuatu kepada rakyat Malaysia amnya dan kepada dunia umumnya. Proton Preve ini pun asalnya dibangunkan dengan tujuan untuk menggantikan Proton Persona. Itu sebablah ada cakap-cakap mengatakan Proton P3-21A (kod nama) akan diberikan nama Proton Persona R.

Tetapi selepas Proton melihat jualan Proton Persona masih lagi utuh dan juga masih lagi tinggi permintaannya, jualan model Proton Persona masih lagi diteruskan seperti biasa dengan speknya direndahkan lagi. Cuma, yang pastinya Proton Preve akan menggantikan Proton Persona dan Proton Waja di persada global.

Nama Proton Preve 2012

  • Disebabkan Proton sebelum ini mengalami masalah kepercayaan daripada pemilik Proton sebelum ini, maka Proton cuba bangkit semula dengan model global baru mereka ini, di mana nama Proton Preve 2012 pada mulanya datang daripada perkataan “Prove”
  • Asalanya, sebutan nama Preve, ialah “preev”
  • Tetapi Proton telah menukar bentuk sebutan “preev” kepada “prae-vae” kerana mahu menampakkan lebih komersil.

 

Harga Proton Preve 2012

Kalau laporan berita sebelum ini, (Proton P3-21A: Video & Pameran Proton Power of 1 di Bukit Jalil. Harga RM62K – RM75K!!), Harga Proton Preve 2012 yang ditawarkan adalah bermula serendah RM62,000 sehinggalah ke varian premium sekitar RM75,000. Tetapi….. harga Proton Preve ini sebenarnya yang akan dijual kelak bermula dengan harga serendah RM59,540.00 sehinggalah RM72,990.00

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)
  • RM 59,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 59,540.00 / Solid (OTR)
2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)
  • RM 62,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 62,540.00 / Solid (OTR)
3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)
  • RM 72,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 72,540.00 / Solid (OTR)
 
  

Proton Preve 2012 Dapat 5 Bintang MyCAP

 

Bilangan bintang yang diberikan oleh MIROS ((Malaysian Institute Of Road Safety Research) untuk model Proton Preve 2012 ini melambangkan tahap keselamatan yang ada pada kereta ini terutamanya apabila melihat pelanggaran di jalan raya contohnya. tahniah kami ucapkan kepada pihak Proton

Spesifikasi (Spec) Proton Preve 2012

Proton Preve 2012 diletakkan dalam segmen C untuk bersaing dengan model-model lain seperti Kia Forte, Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy mahupun model popular Toyota Vios dan Honda City.
Antaranya spesifikasi yang ditawarkan kepada bakal pemilki model baru Proton ini ialah :
  1. 4 beg udara
  2. ‘paddle shifter’
  3. butang penghidup enjin
  4. transmisi CVT
  5. enjin lebih berkuasa
  6. sistem suspensi belakang jenis multilink
  7. teknologi ‘ride and handling’
  8. Dan lain-lain lagi…

Selasa, 10 April 2012

Decision Making

What is decision making?

  • the process of choosing from among alternatives
  • the process through which managers identify and resolve problems and capitalize on opportunities

Types of decisions


1) Programmed decision
  • decision made in response to situation that are routine or recurring
  • they are solutions for routine problems determined by rule, procedure or habit
  • they are save manager's time, allowing them to allocate mare attention to other more important activities
  • they are mostly made by lower level managers
  • examples: decision to purchase raw materials, decision to process loan applications in banks
2) Non-programmed decision
  • decision made in response to situations that are unique or exceptional
  • these decisions deals with non-routine problems or situations
  • these decisions require considerable creativity and cleverness in order to have good solutions
  • they mostly made by upper level managers
  • examples: how to allocate resources of the organization, solving problems on failing product in the market
Making programmed decisions becomes more important as managers rise in the organizational hierarchy

Decision making conditions


Managers make decision in different conditions

1) Decision making under certainty
  • managers have accurate and reliable information about the outcome of the various alternatives
  • the alternatives solutions are highly predictable
  • examples: decision to invest money in a fixed deposit account
2) Decision making under risks
  • managers know only the probability of a given alternative
  • managers do not enough information to make decision
  • the alternative solutions or outcomes are less predictable
  • example: investing money in shares
3) Decision making under uncertainty
  • managers know only a little about the alternatives or outcomes
  • uncertainty arises from two sources - unpredictable external conditions or lack of information to make decision ( to establish probability )
  • example: opening new market in Mongolia

Steps in the decision-making process


Managers are influenced by their individuals personalities, attitude, ethics and values in market decisions

1) Identify opportunities or problems
  • managers must have accurate and reliable information about the situations
  • this information must be interpreted correctly so that problems could be solved
  • inaccurate information will not help to solve problems but probably will create other problems
2) Identifying objectives
  • managers have to identify the objectives of the decision making ( example: to increase output by 10% at the end of the month )
  • these objectives will guide the managers in selecting the alternatives
3) Generating alternatives
  • generate many alternatives decisions
  • the alternatives could be standard as well as unique and innovative. It could include the alternatives the organization has used in the past
  • alternatives could be developed through brainstorming or nominal group technique
4) Evaluating alternatives
  • managers must assess the advantages and disadvantages of each alternatives
  • managers have evaluate each alternatives based on predetermined criteria
  • examples of criteria: the quality desired, the costs, benefits and risks of each alternative
  • some of the questions to be answered:
          - is the alternative solution feasible?
          - is the alternative solution have a better change to achieve goals?
          - what is the impact on other departments?
  • the result must be a ranking of alternatives
5) Reaching decisions
  • managers select the best alternative decision
  • the final choice of decision must be based on careful judgement. They have to examine all the facts and finally select the best alternative
6) Implement the strategies
  • managers must plan effectively to make the decision fully operational:
          - develop schedule for the activities and tasks
          - list the resources required to implement each activity and tasks
          - estimate the time needed for each activity
          - assign responsibility for each activity or tasks to specific individuals

7) Monitoring and evaluating
  • managers must observe the implementation of the decision and take corrective actions if necessary
  • get feedback on the progress of the activity - positive feedback indicates the decision is working. Negative feedback indicates the decision was a poor one and needs time to be reexamined or it may requires more time, resources and effort

Management : Planning

Definition

  • The process of setting goals and actions necessary to achieve those goals

Planning must be

  • Effective - set the right goals and actions
  • Must analyze the company and also it's environment

Who should plan?

  • All managers ( top, middle and first-line managers )
  • The scope and time-frame of planning are different according to the levels of management

The benefits / importance of planning ( why managers plan? )


Better coordination
  • Planning is a mechanism for coordination
  • A plan will define the responsibilities of work group and also coordinate their activities
  • It directs the efforts of the organizational members groups to achieve common organizational goals
Focus on forward thinking
  • Planning forces the managers to think ahead in terms of opportunities and threats that the organization may face in the future
  • In this way the organization can prepare to perform more effectively and efficiently in the future. They must plan effectively so that they can survive in the market lace
Participatory work environment
  • Planning creates participatory work environment where people must work together to achieve the goals of the organization
  • Employees are also involved in the planning process
  • This participatory work environment will : 
          - allow the firm to have access to the expertise and knowledge of it's employees
          - make the employees support and committed to the plan made by the managers ( they are
            also involved in the planning process )

More effective control system
  • A plan provides the basis for control of the process and progress of the company
  • The progress of the performance can be monitored and the actual performance can be evaluated based on the planning made earlier
Replanning is necessary when factors in environment changes

Type of plan

Mission Statement ( Board Goals )
Strategic Goals                                        Strategic Plan
Operational Objectives                                                               Operational Plans
Single Use Plan               Standing Plan

Strategic Planning Versus Operational Planning


Strategic Planning

  • The organization makes decisions and take actions that effect it's long run performance
  • It is a long-range planning made by top level management
  • Plans designed to achieve the organizational broad goals
  • The purpose is to develop and maintain a competitive advantages in the market
  • The plan affects the whole organization
Levels of strategic planning ( 3 levels )

1) Corporate strategic planning
  • It determine mix of business units that the company maintains to meets the company's goals
  • Long-term planning and made by top level management
2) Business strategic planning
  • It defines the strategy for each business unit - how the business units will operate in the market arena
  • Develop strategy that will maintain competitive advantage to achieve organizational success
  • It is made by top managers and the managers in the business unit
3) Functional strategic planning
  • It defines the actions plans of the functional areas ( the activities necessary to implement the corporate and business strategy )
  • Functional areas - R&D, marketing, production, financial, human resources etc

Operational Planning

  • Planning of the day-to-day activities to achieve the strategic goals
  • They are more specific and tackles shorter-term issues
  • Planning made by middle level and first-line managers for their workgroup / unit
Two types of operational plan:

1) Standing Plans
  • Plans for situations that occur frequently ( routine activities )
  • It ensures recurring situations are handled consistently ( in prescribed ways )
  • They limit employees' flexibility in meeting the needs of the customer
Policies
  • General guidelines for decision making
  • Provides directions for decision making
Procedures
  • Instructions on how to complete a certain task
  • They show steps to do the job
Rules
  • Detailed and specific regulations for actions
  • Specific actions to be taken or not to be taken
2) Single-use Plans:
  • Plans for situations which do not occur repeatedly ( for non-recurring activities ). They are used only once
Programs
  • A set of activities designed to accomplish a particular set of goals
  • It explains the major steps and actions required, the people who are responsible for it and timing of the activities
Projects
  • It directs the efforts of the individuals or work group toward the achievement of a specific goal
  • They are less comprehensive and narrower in focus than program
Budgets
  • Plans that specify how the financial resources should be allocated ( for specific programs and projects )

The process of planning


I) Establish goals
  • Determine what the organization wants in the future
  • Goals must be clear, specific, measurable
  • Must include the time-frame of the planning
II) Define the present situation of the organization
  • Must analyze the current performance of the business
  • How far is it from it's new goals?
  • What resources are available?
  • Must get correct information about the organization
III) Identify the aids and barriers to the goals
  • Aids - the factors that help to achieve the goals
  • Barriers - the factors that will cause problems to the firm
  • Aids and barriers - could be from internal and external sources
  • The managers must see also the future situations ( future aids and barriers )
IV) Develop a set of actions for achieving the goals
  • Develop many alternative actions
  • Evaluate those actions
  • Select the most effective actions that could achieve the goals

Barriers to effective planning


Barriers
By managers                      By subordinates
( reluctant to establish goals )( reluctant to accept changes )

Demand on manager's time
  • Managers are too busy and don't have enough time to plan
  • However manager must plan so that they can perform their job effectively and efficiently
Ambiguous and uncertain environment
  • Managers find it difficult to plan in an uncertain environment ( conditions of uncertainty )
  • Factors in the environment change ( market, social factors, etc )
They are unwilling to give up the existing goals
  • They are comfortable with the existing goals
Fear of failure in achieving the goals
  • Failure will affect their self-esteem, respect from subordinates and their job
Lack of knowledge about the organization
  • Information about the various functions and units in the organization
Lack of knowledge about the environment
  • Information about the external environment - customers, competition, economic situation, etc

Overcome the barriers to planning


Involve employees in decision making ( planning process )
  • Managers must get the opinions / ideas of employees in developing plans
  • Managers must also communicate the plans and their consequences to them
  • Managers can give support and commitment from employees in implementing the plans
Tolerate a diversity of view
  • Managers must be tolerant - must accept the different views or ideas given by other people. They can look at things from many perspectives
  • These different views and perspective will help them to come up with better plans
Encourage strategic thinking
  • Planning requires strategic thinking and employees must be provided with the training necessary to develop strategic thinking. Thinking is a skill and it can be developed though training
Provide incentives to managers to encourage them to plan
  • Managers must be given recognition or rewards for successful performance
Managers must be encouraged to develop realistic goals
  • Develop goals that they can achieve to reduce failure and also to increase confidence
Provides the necessary knowledge about the organization to managers
  • Establish an efficient information system in the organization
Provide enough knowledge about the environment
  • Establish contacts and smart partnership with the people outside the organization

Isnin, 9 April 2012

Dividen AHB 3.25 sen seunit

Pelaburan Hartanah Bhd ( PHB ), anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera ( YAHB ) dan Mayban Investment Management Sdn Bhd, mengumumkan agihan pendapatan interim 3.25 sen seunit membabitkan pembayaran berjumlah RM32 juta kepada pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB ) bagi tempoh 6 bulan berakhir 31 Mac lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mayban Investment Management, Nor Azamin Salleh berkata, tahun lalu pihaknya membayar dividen sebanyak RM50 juta iaitu membabitkan RM19 juta bagi pendapatan pertama dan pendapatan kedua sebanyak RM31 juta.

"Ini adalah agihan pendapatan ketiga dibuat kepada 52,000 pemegang unit amanah AHB. Agihan pendapatan dibuat setiap 6 bulan sekali bagi tempoh berakhir 31 Mac dan 30 September setiap tahun serta dikecualikan daripada cukai.

"Pembayaran untuk kali ini akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank pemegang unit pada 10 April 2012 ( hari ini )," katanya ketika mengumumkan pembayaran dividen AHB bagi 6 bulan berakhir 31 Mac 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, ketika ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak untuk memperbanyakkan pemilikan hartanah di seluruh negara.

Ketika ini, kami mempunyai 8 hartanah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1.4 bilion dan kami akan mengumumkan beberapa pelaburan baru apabila masanya tiba nanti. Selain hartanah runcit dan pejabat, kami turut berminat melabur dalam pemilikan tanah," katanya.

Jumaat, 6 April 2012

Management : Introduction

Management is practiced by individuals in organizations ( formal and informal organization )

What is organization?

  • A social unit in which two or more people interact to achieve a common goal or a set of goals

 Why do we need an organization?

  • To achieve objectives
  • To preserve knowledge
  • To serve society
  • To provide careers ( jobs )

What is a manager?

  • A person in the organization who is responsible for the work or performance of other people

Definition of management

  • The art of getting things done through people ( Mary Parker Follet )
  • The process of reaching organizational goals by working with and through people and other organizational resources ( Certo )
  • The process of planning, organizing, leading and controlling the resources and activities to achieve organizational goals ( Stoner )
Planning, organizing, leading and controlling ( POLC ) are called the process / functions of management. They are interrelated which means one function cannot exist without the other

Measuring managerial performance


Two criteria are used to measure managerial performance:


Effectiveness

  • Doing the right thing - taking the right goals or actions

 Efficiency

  • Doing the things right ( that is the ability to get things done correctly )
  • Using the fewest inputs to generate output

Effectiveness and efficiency - these two criteria are used to measure managerial performance


For successful performance - both effectiveness and efficiency are important. However, effectiveness is the most important measure ( Peter Drucker )


Process / Functions of management

 


Planning

  • The process of establishing goals and the actions ( strategies ) to achieve those goals

Organizing

  • Determine what tasks to be done, who is to do them, who reports to whom and who make decisions
  • The process of allocating work, authority, responsibility and resources among the organization's members

 Leading

  • The process of motivating, directing, influencing employees to perform tasks

Controlling

  • The process of monitoring performance of the organization, identifying deviations and taking corrective actions when necessary

Managerial roles


Henry Mintzberg said that all managers have similar roles ( from his survey )

I) Interpersonal roles:

Involves managing relationship with organizational member and people outside the organization
  • Figurehead
  • Leaders
  • Liaison

II) Informational roles:

Involves gathering and disseminating information to people inside and outside the organization
  • Monitor
  • Disseminator
  • Spokesperson

III) Decisional roles:

Involves processing information and making decisions
  • Entrepreneur
  • Disturbance handler
  • Resource allocator
  • Negotiator

Type of managers

 


Managers can be classified in two ways:
  • By their levels in the organization
  • By the functions they perform

 

 

 

 

Management levels:


I) Top managers

  • Responsible for the overall management of the organizations
  • Establish objectives, policy and strategy that affect the whole organizations
  • Make long-term decisions / plans

II) Middle managers

  • Responsible implementing the organization's objectives and policies
  • Direct the activities of first line managers
  • May include more than one level in the organization

III) First-line managers / lower level managers

  • Direct the operating employees and they do not direct other managers
  • Responsible to carry out the plans made by higher and middle level managers
  • Make short-term operating decisions
  • Examples: Supervisor, Foreman, Office Manager, Chief Clerk in a large office

Range of activities:


I) Functional manager

  • Responsible for only one function / activity
  • Examples: Human Resources Manager, Marketing Manager, Finance Manager

II) General manager

  • Responsible for many functions / activities ( marketing, insurance, production, insurance, promotion, distribution )
  • Examples : Branch Manager, Plant Manager, President of a company, General Manager

Managerial skills


Robert L. Kartz identified three (3) basic skills

I) Technical skills

  • The ability to use techniques, producers and knowledge of a specialized field

II) Human skills

  • The ability to work effectively with other people
  • The ability to direct, lead, motivate, communicate and inspire enthusiasm in people

III) Conceptual skills

  • The ability to see the organization as a whole and understand the relationships among it's subunits
  • The ability to analyze, think about complex situations, use judgements and see future opportunities

Managerial skill mix:


Top manager - more in conceptual skill, moderate in human skill and lower in technical skill
Middle manager - moderate in conceptual skill, human skill and technical skill
First-line manager - more in technical skill, moderate in human skill and lower in conceptual skill

Khamis, 5 April 2012

Strategi Kaya & Berjaya Dengan Emas


Seminar emas anjuran Public Gold yang disampaikan oleh En Mohd Faizan Dasuki, seorang speaker Public Gold yang pakar dalam bidang pelaburan emas. Seminar saya sertai pada 27 Mac 2012 bertempat di cawangan Public Gold Taman Perling Johor Bahru. Seminar 2 jam ini padat dengan infomasi-infomasi tersurat dan tersirat mengenai emas khususnya. Antara perkara-perkara yang dikongsikan bersama adalah:-

Sebab-sebab mempunyai emas:-


Perhiasan

-untung pakai
-kadar susut nilai tinggi
-perlu digadaikan
-tidak perlu dijual

Perniagaan

-untung dalam bentuk peratus (%) margin keuntungan
-risiko persaingan
-risiko perubahan kadar permintaan
-risiko keselamatan

Simpanan

-bukan bermotifkan keuntungan
-menukarkan simpanan daripada bentuk tunai kepada simpanan dalam bentuk emas
-beli setiap kali ada wang dan hanya dijual pada masa perlukan wang
-objektif simpanan sebagai pelindung nilai kekayaan daripada inflasi
-digunakan sebagai matawang ketika darurat/perang

Pelaburan

-untuk meraih keuntungan
-pertambahan jumlah wang berbanding modal asal
-untung rugi pelaburan adalah diulangi

Kaedah-kaedah belian/jualan emas


Beli emas pada awal tahun (1 Januari) dan jual emas pada hujung tahun (31 Disember)
-belian/jualan emas tahunan lebih untung berbanding belian/jualan emas 5 tahun sekali

Modal yang sama setiap tahun memang mengurangkan berat (gram) emas tahunan tetapi keuntungan adalah sama kecuali belian dengan modal berkurangan.

Strategi I ( tanpa graf )

-beli, simpan dan jual emas
-beli emas pada awal tahun
-jual emas pada hujung tahun
-harga emas pada setiap awal tahun adalah lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya

Strategi II ( tanpa graf )

-beli emas pada bulan Januari, Februari, Mac dan April
-jual emas pada bulan September, Oktober, November dan Disember
-konsep pemurataan bertujuan untuk meminimakan risiko

Belian emas harga masa sebenar berbanding dengan harga semasa

-masa sebenar ( liveprice/real time ) vs semasa ( current )
-harga pada masa sebenar lebih tepat berbanding harga semasa yang mempunyai tempoh 24 jam, seminggu, sebulan mahupun setahun.

out-of-the-box


EBSI

E employee - you have a job
B business owner - you own a system people work for you
S self employed - you own a job
I investor - many works for you

"..savers are losers.."

"..if you can't convince them,, confused them.."

Affiliate Programme-to-be

Tawaran Public Gold adalah pelanggan boleh booking harga jualan even hari ini anda book RM1,000 dan anda datang esok harga turun RM800, Public Gold akan beli dengan harga RM1,000