BANK RAKYAT UMUM DIVIDEN 20% UNTUK PARA PELABUR
Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan
pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011,
berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya. Pengagihan itu melibatkan
pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus
saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan
disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6
peratus atau RM301.9 peratus kepada RM2.02 billion, paras tertinggi
dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun
sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan